Wednesday, April 12, 2017

3 Perkara Yang Perlu Dielakkan Jika Memandu Kereta Transmisi Automatik

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

>> 3 Perkara Yang Perlu Dielakkan Jika Memandu Kereta Transmisi Automatik <<

Kereta automatik lebih mudah untuk dipandu jika dibandingkan dengan kereta manual, tetapi ia sebenarnya lebih rumit untuk dijaga. Jadi ada beberapa perkara yang perlu anda elak supaya kereta anda tahan lebih lama dan susah untuk rosak.

1 - Jangan sesekali turun bukit dalam keadaan 'Neutral'.
Menurut Fenske yang telah memuatnaik video berkenaan topik ini, sesetengah pemandu lebih memilih untuk meletakkan kereta mereka dalam keadaan neutral ketika menuruni bukit bagi menjimatkan minyak. Enjin zaman moden telah mempunyai cara tersendiri untuk menjimatkan minyak, jadi tabiat ini dikatakan mengarut. Malah ia boleh mendatangkan bahaya kerana hilangnya kawalan terhadap kereta.

2 - Jangan sesekali tukar arah tanpa berhenti.
Elakkan  menukar gear sama ada ke hadapan atau ke belakang sebelum berhenti sepenuhnya. Ia akan meletakkan tekanan ke atas sistem transmisi yang terpaksa berfungsi sebagai brek. Ini boleh menyebabkan sistem transmisi kereta anda sangat mudah rosak.


3 - Jangan letakkan kereta dalam keadaan 'Parking' sebelum berhenti.
Sekiranya anda mahu menukar ke gear 'parking', pastikan kereta berhenti terlebih dahulu. Jika tidak, anda akan menyebabkan bahagian (pin pengunci) yang mengunci sistem transmisi anda dari bergerak rosak.


Kereta Sewa Terminal Bersepadu Selatan
Call Now>> 0124920203

Tempahan www.klezcar.com | 1300-88-4040 (24jam)

No comments:

Post a Comment